Thursday 29 March 2012

"MESRA"


Apakah itu "MESRA" ? "MESRA" merupakan nama singkatan yang diberikan bersempena dengan program yang dianjurkan buat julung kalinya di Mangalore pada tahun ini iaitu "Majlis Sukan dan Rekreasi".

MESRA ini dilihat sebagai salah satu program yang dianjurkan oleh MSAI Mangalore Chapter bertujuan melibatkan pelajar-pelajar Malaysia dalam aktiviti-aktiviti kesukanan dan rekreasi dan juga memberikan ruang untuk mereka berehat dan berhibur di samping bertungkus-lumus memerah otak dalam bidang akademik setiap hari. Program ini juga dilihat sebagai medium yang mampu merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan juga bersaing secara sihat dalam aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan. Selain itu, program ini juga diharap dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk mengecapi kecemerlangan akademik kerana pepatah arab ada menyebut "Akal yang sihat datang dari badan yang sihat" dan secara tidak langsung para pelajar mampu berinteraksi antara satu sama lain dan saling merapatkan ukhuwwah dan ke"MESRA"an antara satu sama lain.


Objektif "MESRA"


1. Merapatkan ukhuwwah dan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar


2. Sebagai medium untuk melibatkan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan


3. Memberi ruang kepada para pelajar untuk merehatkan minda dengan bersukan


4. Memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat  dan kemahiran masing-masing di samping bersaing secara sihat


Kumpulan Sasaran


Semua pelajar Malaysia yang menetap dan menuntut di universiti atau kolej perubatan dan pergigian di Mangalore


Ahli Jawatan Kuasa "MESRA"


Pengarah                                            : Mohd Noor Nashriq

Penolong Pengarah                            : Muhammad Shafiq Shahrin

Setiausaha                                          : 1) Nur Aini binti Md Sharif
                                                             2) Mazni Mahirah Izzati binti Mazlan

Bendahari                                           : Kalpana Selvaraju

AJK Protokol dan Tentatif                 : 1) Mohd Fathi Azri bin Zulkiflee
                                                              2) Mohd Faizal bin Razali

AJK Publisiti dan IT                           : 1) Muhammad Sakhawi Yusof
                                                             2) Muhammad Nursyazani bin Zamre

AJK Sambutan dan Makanan             : 1) Anis Marlina
                                                              2) Ammirul Aswad Rosli

AJK Hadiah dan Cenderamata           : 1) Ashkurina Zakaria
                                                              2) Amalina Zafira

AJK Pengangkutan dan Tugas Khas   : 1) Arman Husni Baddirol Hisham
                                                               2) Mohd Shahmin Kelvin

Tuesday 27 March 2012

Perlaksanaan Program

1. Program ini diwajibkan kepada semua pelajar Malaysia di Mangalore


2. Setiap pelajar wajib membayar yuran penyertaan dan baju sukan "MESRA" sebanyak Rs 350 (Penyertaan: Rs 100, Baju: Rs 250) kepada setiap wakil atau ketua kontinjen kolej.


3. Makanan dan minuman untuk sesi pagi sahaja akan disediakan. 


4. Rumah sukan adalah berdasarkan kolej masing-masing dan setiap kolej sudah ditetapkan warna rumah sukan berdasarkan undian yang telah dibuat. Warna rumah sukan dan kolej adalah seperti berikut:

  • KMC        : Merah
  • MCODS   : Ungu
  • Nitte         : Biru
  • Yenepoya : Hijau


5. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan dinilai adalah:


  • Marching 
  • Futsal 
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • Ping pong
  • Basketball

6. Tentatif program adalah seperti berikut:

7.00-7.30 am    : Ketibaan kontinjen-kontinjen ke Yenepoya Sports Complex

7.30-10.00 am  : Acara 'outdoor' bermula. (Futsal dan Bola Jaring)

10.00-11.00 am: Acara perarakan ke dalam dewan yang disusuli      dengan acara persembahan sorakan daripada setiap kontinjen
                           Ucapan Pengarah Program "MESRA 2012"
                           Ucapan Presiden MSAI Mangalore Chapter
                           Perasmian "MESRA 2012"

11.00-1.30 pm  : Acara 'indoor' bermula. (Badminton, ping pong, dan basketball)

1.30-2.00 pm    : Upacara penyampaian hadiah dan penutup

2.00 pm             : Bersurai


7. Selain itu, untuk memeriahkan lagi program kita pada hari tersebut, pihak MSAI Mangalore telah bersetuju untuk membuka tapak jualan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengadakan jualan makanan dan lain-lain kecuali minuman. Bayaran sewa untuk tapak jualan adalah sebanyak Rs 500 termasuk deposit sebanyak Rs 100. Deposit ini akan dipulangkan semula setelah peniaga-peniaga membersihkan kawasan jualan seperti sediakala sebelum meninggalkan tapak jualan. Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut,  anda bolehlah berhubung dengan saudara Ammirul Aswad Rosli, AJK Sambutan dan Makanan di talian 8884085354.

8. Organisasi, peruntukan dan pembahagian pelajar untuk setiap acara adalah seperti berikut:
                          

  • Marching
  1. Setelah berakhirnya acara outdoor, para peserta diminta untuk berbaris di luar dewan (tempatnya akan diberitahu semasa disana memandangkan tiada gambar untuk ditunjuk) mengikut kontinjen masing-masing dan bersedia untuk acara perarakan ke dalam dewan. Perarakan dari tempat berhimpun ke dalam dewan ini akan dinilai.
  2. Setelah semua kontinjen berada dalam dewan, setiap kontinjen akan beratur di bahagian belakang dan bersedia untuk mempersembahkan sorakan masing-masing.
  3. Setiap kontinjen akan dipanggil kehadapan untuk mempersembahkan sorakan tersebut kepada khalayak ramai dengan peraturan yang telah ditetapkan iaitu (1) tidak boleh melebihi masa 3 minit dan bebas melakukan apa jua persembahan dan sorakan (2) Tidak boleh menggunakan alat-alat pembesar suara, radio, dan lain-lain sebagai sumber lagu atau nyanyian tetapi hendaklah datang daripada para peserta sendiri.
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  • Futsal
  1. Setiap rumah sukan wajib menghantar satu pasukan lelaki yang terdiri daripada 7 orang pemain termasuk 2 pemain gantian. 
  2. Perlawanan adalah berdasarkan sistem liga dan oleh itu setiap pasukan akan berpeluang bertarung dengan setiap kolej yang bertanding. 
  3. Peraturan 7-1-7 akan digunakan iaitu 7 minit untuk separuh masa pertama, 1 minit untuk rehat dan 7 minit untuk separuh masa kedua.  
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  • Bola Jaring
  1. Setiap rumah sukan wajib menghantar satu pasukan perempuan yang terdiri daripada 9 orang pemain termasuk 2 pemain gantian. 
  2. Perlawanan adalah berdasarkan sistem liga dan oleh itu setiap pasukan akan berpeluang bertarung dengan setiap kolej yang bertanding. 
  3. Peraturan 8-2-8 akan digunakan iaitu 8 minit untuk separuh masa pertama, 2 minit untuk rehat dan 8 minit untuk separuh masa kedua.  
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  • Badminton
  1. Setiap rumah sukan wajib menghantar pasukan yang terdiri daripada 2 perseorangan dan 1 beregu lelaki dan 2 perseorangan dan 1 beregu perempuan. 
  2. Perlawanan adalah berdasarkan sistem kalah mati dan semua perlawanan akan menggunakan 11 mata sebagai mata terakhir kecuali perlawanan akhir sebanyak 21 mata. 
  3. Penggunaan raket sendiri adalah dinasihatkan tetapi jika terdapat kekurangan peralatan, bolehlah dimaklumkan kepada mana-mana AJK MESRA melalui ketua kontinjen. 
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  • Ping pong
  1. Setiap rumah sukan wajib menghantar pasukan yang terdiri daripada 2 perseorangan dan 1 beregu lelaki dan 2 perseorangan dan 1 beregu perempuan. 
  2. Perlawanan adalah berdasarkan sistem kalah mati dan semua perlawanan akan menggunakan 11 mata sebagai mata terakhir kecuali perlawanan akhir sebanyak 21 mata. 
  3. Penggunaan bat sendiri adalah dinasihatkan tetapi jika terdapat kekurangan peralatan, bolehlah dimaklumkan kepada mana-mana AJK MESRA melalui ketua kontinjen. 
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  • Basketball
  1. Setiap rumah sukan wajib menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 5 pemain termasuk 2 pemain gantian. 
  2. Perlawanan adalah berdasarkan sistem liga dan oleh itu setiap pasukan akan berpeluang bertarung dengan setiap kolej yang bertanding. 
  3. Peraturan 7-1-7 akan digunakan iaitu 7 minit untuk separuh masa pertama, 1 minit untuk rehat dan 7 minit untuk separuh masa kedua.  
  4. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Sekitar Padang dan Kompleks Sukan Yenepoya



















Friday 23 March 2012

Pakaian Sukan MESRA.


  •  AJK MESRA kini memperkenalkan baju sukan rasmi MESRA sebagai salah satu inisiatif untuk memeriahkan lagi program MESRA yang bakal berlangsung pada tarikh 22 April 2012 ini.
  • Baju rumah sukan ini adalah untuk para kontingen bagi setiap rumah sukan masing-masing mengikut warna.
  • Terdapat dua pilihan disediakan untuk baju rumah sukan ini iaitu baju berlengan pendek (short sleeve) dan berlengan panjang (long sleeve).
  • Baju sukan ini adalah diWAJIBkan kepada semua kontingen rumah sukan masing-masing. 
  • Pemakaian baju sukan ini adalah penting ketika upacara 'marching' dan juga ketika permainan kerana markah rumah sukan anda akan diberi mengikut keseragaman setiap kontingen.
  • Saiz yang disediakan ialah S, M, L, XL, dan XXL.
  • Harga bagi baju sukan ini adalah Rs 250 sahaja.
  • Setiap kontingen perlulah memberi nama, saiz, dan bayaran kepada AJK MSA di kolej masing-masing selewat-lewatnya pada hari Isnin, bersamaan 9 April 2012.
  • Pihak AJK Mesra mengharapkan agar semua kontingen dapat memberikan sepenuh kerjasama yang padu untuk melancarkan lagi program MESRA Mangalore ini.

  • Ini adalah contoh sampel baju sukan MESRA. Bagi kontingen wanita, logo MESRA akan dicop di sudut bawah kanan baju. Bagi kontingen lelaki, logo MESRA akan dicop di bahagian dada baju.  



  • Ini adalah sampel KAIN baju sukan MESRA 2012. Untuk lelaki, pakaian ini lebih kepada slim fit dan untuk wanita lebih kepada straight fit. Ini adalah contoh untuk saiz 38 (S) bagi pakaian lelaki. Untuk kontingen wanita, baju sukan berlengan panjang disediakan. 
  • Berkaitan dengan kasut sukan, pemakaian kasut sukan yang tapaknya "non-marking" adalah diwajibkan. Hal ini adalah sangat penting kerana pihak yenepoya sangat tegas dan perihatin akan kondusi kemudahan-kemudahan dan alat-alat di dalam kompleks sukan tersebut. 
  • Oleh itu, untuk mengelakkan daripada dihalang memasuki dewan tersebut, sila patuhi arahan yang telah diberi. Kelonggaran mungkin akan diberi jika kasut sukan tersebut bersih daripada lumpur dan pasir. Begitu juga kepada peserta-peserta yang menggunakan kasut sukan yang sama untuk acara outdoor. Sila bersihkan kasut sukan anda setelah habis acara outdoor sebelum bersiap sedia untuk berarak ke dalam dewan.
  • Kami daripada pihak MSAI Mangalore Chapter menasihati peserta agar membawa kasut sukan yang bersih di dalam beg dan memakainya hanya ketika peserta hendak mula berarak ke dalam dewan atau apabila sudah berada di dalam dewan.

Thursday 22 March 2012

Pesanan Penaja


Saya berharap agar para kontingen sukan Mangalore dapat bekerjasama bagi memeriahkan lagi program Majlis Sukan dan Rekreasi Mangalore (MESRA Mangalore). 

Program ini dianjurkan oleh Malaysian Student Association Mangalore Chapter (MSAI) sebagai salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Mangalore untuk bersukan dan saling mengenali antara satu sama lain.

Saya mengharapkan sepenuh sokongan dan penglibatan setiap pelajar ke program ini supaya program ini berlangsung dengan jayanya. 

Adik manis makan rambutan,
Selamat bersukan saya ucapkan

MAJULAH SUKAN UNTUK MESRA!! 

Wednesday 21 March 2012

Pemberitahuan!!!


  • Pengangkutan disediakan oleh pihak AJK MESRA Mangalore bagi para kontingen di bandar. Bas akan disediakan di beberapa lokasi tempat tinggal di Mangalore iaitu 
      • Maharaja Residency, Opposite Roopa Hotel, Balmatta Road, Mangalore.
      • Acropolis Apartment, KMC Lighthouse, Mangalore.
  • Setiap rumah sukan perlu menyediakan 
      • Sorakan rumah sukan
      • Maskot rumah sukan
      • Nama rumah sukan
  • Setiap elemen yang diperlukan bagi setiap rumah sukan akan diberi markah untuk pemilihan juara keseluruhan MESRA Mangalore. 
  • Setiap kontingen haruslah menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti yang dianjurkan. Penyertaan lebih daripada satu aktiviti adalah digalakkan.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.